*** Selamat Datang ke Laman Blog Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor *** Laman Blog Kampung Pasir Baru telah dirasmikan oleh YB Dato' Johan pada 27 Oktober 2013 (Ahad) ***

Struktur Organisasi & Peranan

STRUKTUR ORGANISASI 
Klik pada gambar untuk paparan besar
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JKKK

1. Aspek Kemajuan

  • Menentukan rancangan-rancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan di dalam kampung
  • menilai dan menyusun keutamaan projek yang telah diluluskan serta hendak dilaksanakan sama ada:-
    • secara gotong-royong
    • bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan
    • lain-lain cara yang difikirkan sesuai
    • membantu kerajaan melaksanakan projek-projek yang diluluskan dari segi kelancaran perlaksanaan projek
    • menjadi bahan perantaraan di antara orang-orang kampung dengan kerajaan dan bahan-bahan luar.
2. Aspek Keselamatan 
  • Membantu agensi kerajaan untuk memelihara ketenteraman di kampung
  • Mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan sentiasa wujud di dalam kampung
  • Melaporkan kepada pihak-pihak yang berkuasa terhadap apa-apa aktiviti yang dianggap dapat menggugat perpaduan di dalam kampung, sama ada dari segi ancaman serta anasir-anasir subversif jenayah dan juga memperalatkan agama untuk tujuan tertentu.
3. Aspek-aspek lain
  • Menjemput hadir bersama di dalam mesyuarat JKKK mereka yang difikirkan sesuai dan boleh memberi sumbangan buah fikiran atau pengalaman.
  • mengatur aktiviti-aktiviti yang difikirkan sesuai yang boleh menggalakkan pembentukan semangat perpaduan dan kerjasama di anatara satu sama lain.
  • menyelaras pengumpulan penduduk kampung di dalam apa-apa perjumpaan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
SENARAI PENGLIBATAN AJK

[Tuan Haji Mohd Rasip Haji Yusop]
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kajang
Pengerusi Komuniti 1 Malaysia (K1M)
Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Langat Bhd (KOPEL)
Timbalan Pengerusi Koperasi Bela Rakyat (KOBERA)
Penasihat KRT Kampung Pasir Baru

[Tuan Haji Suhaimi Haji Hassan]
Penolong Pendaftar Nikah
Setiausaha KRT Kampung Pasir Baru
Ahli Persatuan Pengubatan Islam (Darul Syifa')

[Tuan Haji Alias bin Haji Muhammad]
Ahli Lembaga Pelawat Taman Seri Puteri
Pengerusi KRT Kampung Pasir Baru
Lembaga Pengarah Koperasi Teras Semenyih Berhad
Pemegang Amanah Tahfiz Taman Sri Haneco
Penasihat Kelab Bolasepak Wira FC