*** Selamat Datang ke Laman Blog Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor *** Laman Blog Kampung Pasir Baru telah dirasmikan oleh YB Dato' Johan pada 27 Oktober 2013 (Ahad) ***

Persatuan & Pertubuhan


  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru
  • Persatuan Belia 4B
  • Persatuan Politik (UMNO)
  • Persatuan Pekebun Kecil
  • Angkatan Relawan Malaysia (RELA)
  • Persatuan Dikir Barudah
  • Pusat Pembangunan Pekebun Kecil
  • Koperasi Pembangunan Daerah Hulu Langat
  • Koperasi Pekebun Kecil
  • Persatuan Nasyid Wanita
  • Koperasi Serbaguna TERAS
  • Perkumpulan Wanita (WI)
  • Perkumpulan Pengembangan Wanita (KPW)
  • Persatuan Silat Gayung
  • Persatuan PERSIP Selangor

Kekerapan Mesyuarat 

Sepanjang tahun, JKKK akan mengadakan mesyuarat seperti berikut:
- Mesyuarat Bulanan JKKK
- Mesyuarat Khas

i. Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan
  • Mengadakan sambutan bulan kemerdekaan
  • Menganjurkan sukaneka
  • Mengadakan gelanggang seni silat gayung
  • Mengadakan perlawanan futsal
  • Mengadakan persembahan dikir barat
Di bawah biro ini juga, persatuan Kompang telah ditubuhkan dan kini terdapat seramai 30 orang ahli yang berdaftar. Ianya terdiri daripada golongan belia/beliawanis serta kanak-kanak. Jurulatih adalah terdiri daripada kalangan belia yang pernah menganggotai persatuan kompang sebelum ini.

ii. Biro Pendidikan
  • Mengadakan ceramah motivasi UPSR, PMR dan SPM
  • Menghantar anak penduduk kampung ke Program Kem Motivasi
Ceramah motivasi telah diadakan bagi kanak-kanak yang menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Pembimbing adalah terdiri daripada pakar motivasi dari UKM Guru Sekolah Maahad Hamidiah Kajang.

Selain daripada itu JKKK juga telah menghantar seramai empat orang anak-anak kampung untuk menyertai kem motivasi anjuran Koperasi Kopel Bhd di Kem Excel Training.

Bagi mencapai kecemerlangan akademik anak-anak, JKKK di bawah Biro Pendidikan telah mengadakan Kelas Tambahan/ Tuisyen bertempat di Lot 950 Peringkat Dua, Kampung Pasir Baru bagi matapelajaran seperti berikut :

Bahasa Melayu  - Isnin      8.00-9.30 mlm
Sains                   - Selasa    8.00-9.30 mlm
Matematik         - Rabu     8.00-9.30 mlm
B. Inggeris         - Khamis  8.00-9.30 mlm
Fardu Ain          - Jumaat   8.00-9.30 mlm

JKKK telah mendapat kerjasama dua orang guru daripada Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih untuk membantu membimbing kelas tambahan.

iii.  Biro Agama

Bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengadakan aktiviti keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul dan kelas fardu ain.

Telah mengadakan ceramah agama sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Kerjasama dengan Persatuan Kebajikan dan Sosial, Rumah Awam Kos Rendah.

iv. Biro Kesihatan dan Kebersihan
  • Mengadakan program gotong-royong
  • Pembersihan Tanah Perkuburan dan persekitaran kampung
  • Projek gotong-royong pembersihan tanah perkuburan telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid dan peserta PLKN. Penurapan jalan tar dapat dilaksanakan.
v. Biro Pertanian dan Penternakan
  • Mengadakan pertandingan memancing di kolam-kolam ternakan ikan
  • Projek berkelompok tanam semula getah dan kelapa sawit
  • Projek tanaman pisang
Bagi pengusaha-pengusaha kolam ternakan ikan, JKKK telah berusaha untuk mendapat status penggunaan tanah kerajaan. pemberian T.O.L (menduduki Sementara Tanah kepada pengusaha ternakan ikan telah diluluskan oleh kerajaan.

vii. Biro Keselamatan
  • Penubuhan dua Platun RELA (Platun 347)
  • Membuat rondaan keselamatan kampung oleh RELA
  • Membanteras kegiatan lumba haram di jalanraya berdekatan empangan semenyih
  • Bekerjasama dengan polis membuat tangkapan penyeludupan dadah
  • Bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam membuat tangkapan/mencegah maksiat
viii. Biro Kebajikan
  • Mengadakan perkhemahan remaja anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Mengadakan kutipan bantuan menyambut hari raya kepada yang kurang mampu
  • Mengadakan kutipan derma bagi penduduk yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi
ix. Biro Wanita
  • Menghantar wakil wanita ke seminar " Wanita Alaf Baru" anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Mengadakan program kesihatan ibu-ibu mengandung
  • Mengadakan program membuat kuih-kuih tradisional
  • Mengadakan kelas fardu ain dan bacaan yasin
 x. Rakan Muda Masjid
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti bagi menyatupadukan belia dan beliawanis Kampung Pasir Baru disamping mengeratkan kesepakatan diantara belia dan warga tua.
  • Mengadakan aktiviti seperti program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam Kampung Pasir Baru dan program membuat dodol bagi mengisi tabung persatuan.