*** Selamat Datang ke Laman Blog Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor *** Laman Blog Kampung Pasir Baru telah dirasmikan oleh YB Dato' Johan pada 27 Oktober 2013 (Ahad) ***

Pencapaian & Kejayaan




KEJAYAAN PENDUDUK KAMPUNG

Dari kajian yang dibuat tidak ada keluarga termiskin di Kampung Pasir Baru dan tahap pembangunan kemasyarakatan amat tinggi dan boleh dijadikan teladan. Pengembelingan usaha dan tenaga dalam proses kemajuan kampung melibatkan semua golongan sekalipun yang kurang berupaya turut mebantu dalam memberi sumbangan yang bersesuaian dengan kemampuan serta kebolehan masing-masing amat memberi kesan dan merangsang kepada pembangunan infrastruktur, idelogi, intelektual dalam menuju sebuah kampung yang maju, menarik dan menguntungkan. faktor utama kejayaan yang dicapai oleh Kampung Pasir Baru ialah kepimpinan JKKK yang cekap dan bersih serta komitmen menyeluruh penduduk kampung ini.

Selain dari itu, faktor-faktor lain ialah tahap pendidikan anak-anak di kampung ini boleh dibanggakan. Ada di kalangan anak-anak watan kampung ini telah menjawat jawatan-jawatan penting seperti Penolong Pegawai Daerah, Jurutera, Doktor Perubatan dan sebagainya. Keprihatinan penduduk kampung terbukti, misalnya membiayai kos lampu jalan secara berkongsi. Semnagat kerja secara berpakat dan gotong-royong masih segar serta subur di kalangan penduduk kampung dan ini terbukti dengan kajayaan beberapa aktiviti yang dilakukan secara gotong-royong.

Sebahagian besar kos pembinaan aktiviti-aktiviti gotong-royong ini datangnya daro kutipan dan derma oleh pengusaha kilang berdekatan, penduduk kampung dan individu serta anak watan Kampung Pasir Baru. Antara yang telah diusahakan secara gotong-royong ialah:-
  1. Mengecat Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS
  2. Membersihkan kawasan tanah perkuburan
  3. Mengecat semula Sekolah Rendah Agama
  4. Membuat landskap dan mengindahkan Sekolah Rendah Kebangsaan
  5. Projek kebersihan kampung
  6. Membaiki dua blok bilik darjah Sekolah Rendah Agama
  7. Membuat tambahan bangunan Masjid berjumlah RM70 ribu.
Ekonomi Kampung

Projek Ternakan Ikan                                      -15 orang
Projek Ternakan Kambing                              - 2 orang
Bengkel Perabot                                            - 12 orang
Perniagaan Kedai Runcit/ Kedai Makan        - 12 orang
Bengkel Membaiki Kereta                              - 1 orang