*** Selamat Datang ke Laman Blog Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor *** Laman Blog Kampung Pasir Baru telah dirasmikan oleh YB Dato' Johan pada 27 Oktober 2013 (Ahad) ***

Latar Belakang Sejarah



LATAR BELAKANG SEJARAH KAMPUNG PASIR BARU

Kampung Pasir Baru ialah sebuah kampung tersusun yang berasal dari dua buah kampung terpencil di Mukim Hulu Semenyih, Daerah Ulu Langat iaitu Kampung Sungai Lalang dan Kampung Sungai Pening-Pening. Kedua-dua buah kampung tradisional ini didiami oleh orang-orang melayu dan kebanyakkan penduduk berasal dari seberang Sumatera dan juga dari Jelebu, Negeri Sembilan. Mereka ini mendiami seluruh kawasan Ulu Semenyih yang terkenal dengan nama KACHAU manakala sebahagiannya terdiri dari kaum Cina dan India yang tinggal di ladang.

Semasa darurat pada tahun 1984, Pekan Kachau dan sekitarnya telah disenarai hitam sebagai kawasan komunis. Pekan Kachau telah dibakar oleh pemimpin British dan semua penduduk keturunan Cina tidak dibenarkan tinggal di sekitar mukim Hulu Semenyih. Rumah-rumah mereka dimusnahkan dan seluruh kawasan penempatan juga dipagar dengan pagar berduri serta pergerakan mereka terhad cuma pada waktu siang sahaja.

Apabila darurat tamat, negara mencapai kemerdekaan dan sistem pentadbiran di kampung-kampung dimulakan. Maka Kampung Pasir Baru melaksanakan satu rancangan jangka panjang dengan memohon satu kawasan bekas tapak lombong untuk dijadikan kawasan penempatan kampung tersusun. Kerajaan Negeri Selangor ketika itu diketuai oleh YAB Dato' Hj. Harun Idris telah meluluskan projek tersebut dengan memberi 70 ekar sebagai kawasan perumahan. Pelaksanaanya bermula dengan pembangunan peringkat pertama yang mengandungi 106 lot rumah. Peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 150 ribu dan sumbangan derma dari pelombong sebanyak RM 100 ribu telah dapat membantu penduduk mendirikan rumah dengan pengagihan bantuan sebanyak RM 1,200 untuk setiap keluarga.

Pada 17 Mac 1972, penduduk kampung serta cadangan JKKK telah sebulat suara untuk memilih nama Kampung Pasir Baru dan majlis perasmian dilakukan oleh YAB Dato' Hj. Harun Idris. Sehingga kini, Kampung Pasir Baru dan 100 unit rumah awam kos rendah yang dikenali sebagai Taman Sri Tangsi. Kampung Pasir Baru terletak di dalam mukim Ulu Semenyih (N24, Semenyih) dan Daerah Ulu Langat (Parlimen P101-Ulu Langat).

PETA LOKASI

Peta Negeri Selangor
Peta Daerah Hulu Langat
Peta Mukim Hulu Langat